EN|BM
Nak hidup lebih tenang? Trading sepatutnya bukan tambah satu lagi kerja dalam hidup kita.

Kita mula trading sebab nak lebih masa.

Tapi kenapa sekarang… trading pula makan masa kita?

Dulu masa mula-mula trade, kita bayang simple je.
Spend 2–3 jam sehari. Tengok setup. Kalau ada peluang, ambil. Kalau tak ada, tutup chart. Sambung hidup.
Tapi lama-lama jadi lain.

Bangun tidur — check chart.
Tengah makan — check chart.
Tengah kerja — curi-curi check chart.
Nak tidur pun tangan masih buka phone.

Price gerak sikit… hati pun ikut gerak. 😅

Kita nak cari freedom. Tapi last-last hidup tak tenang sebab asyik fikir, “Setup aku okay ke? Level ni betul ke? Market nak pergi mana ni?”

Kalau macam ni setiap hari… bila sebenarnya kita nak rasa “lebih masa” yang kita cari tu?

Pernah tak jadi macam ni?

Mula-mula buka chart nak check satu setup je.

Buka timeframe 1H.
Rasa macam boleh BUY… tapi tak yakin. Betul ke BUY ni?
Tukar pula timeframe 4H.
Haa… dekat 4H nampak lain pula. Macam ada reason untuk SELL.

Lepas tu mula tarik Fibonacci. Check support. Check resistance. Buka indicator lain. Tengok news. Masuk Telegram pula nak tengok trader lain cakap apa.

Setengah jam dah berlalu.

Trade belum masuk lagi.

Yang serabut bukan chart je. Mata sakit. Kepala pun dah mula sakit. 😂

Lepas tu bila market dah jalan… kita tengok chart dan cakap:

“Aduh… aku dah agak dah dia nak pergi situ.”

Haa. Kalau dah agak… kenapa tadi tak masuk?

Sebab masa nak tekan BUY atau SELL tu, kita sendiri tak yakin dengan apa yang kita nampak.

HARI-HARI

Terlalu banyak benda nak check

Timeframe, S&R, Fibonacci, indicator, news, confirmation… semuanya nak kena fikir.

BILA NAK ENTRY

Tak percaya chart sendiri

Level dah pasang. Setup dah ada. Tapi tangan masih berat nak tekan sebab takut salah.

BILA TAK JADI

Tambah benda lagi

Kita fikir ilmu tak cukup. Jadi tambah indicator, tambah strategy, tambah group. Chart makin penuh.

Benda ni ramai trader tak sedar

Kadang-kadang bukan kita tak tahu trade. Kita tahu terlalu banyak benda.

Support & Resistance kita tahu.

Fibonacci pernah belajar.

Candlestick dah tengok entah berapa ribu batang.

Timeframe pun bukan benda baru.

Tapi setiap kali buka chart… kita masih kena buat banyak keputusan dari kosong.

“Support mana yang aku nak pakai? Swing mana? Timeframe mana nak percaya? Zone ni masih valid ke?”

Bila semua benda kita nak pilih, nak tarik, nak ubah, nak fikir sendiri… memang lama-lama penat.

Mungkin kita tak perlukan lagi satu indicator yang tambah serabut.

Mungkin kita perlukan satu cara yang bagi kita tempat untuk mula.

HAA… DEKAT SINI BARU FIBOPANDA MASUK

Buka chart.

Zone dah ada.

Ini part yang buat FiboPanda senang nak faham.
Kita tak perlu buka chart kosong, lepas tu mula fikir, “aku nak tarik dari mana ni?”
FiboPanda plot zone ikut framework dia secara automatik.
Jadi instead of sibuk melukis sana sini, kita boleh terus tengok:

“Okay… price sekarang dekat mana, dan dia tengah buat apa dekat zone ni?”

Nampak simple. Tapi beza dia besar.
FiboPanda bantu kita tengok zone yang sama dengan cara yang lebih konsisten — bukan hari ni tarik level dekat sini, esok tukar tempat lain sebab trade tadi tak jadi. 😅

Tak mula dari chart kosong setiap kali.
01
AREA
Price sekarang dekat kawasan mana?
02
REACTION
Bila sampai situ, price buat apa?
03
SETUP
Ada behaviour yang kita tunggu atau belum?
04
DECISION
Ada trade? Kalau tak ada, tunggu.

⚠️ Satu lagi masalah yang ramai trader selalu kena…

1H nampak cantik.
Tapi 4H sebenarnya cerita lain.

Ini yang kadang-kadang buat kita masuk trade dengan yakin… lepas tu market macam tak dengar cakap. 😂
Sebab setup kecil tu masih duduk dalam perjalanan yang lebih besar.
Bukan tengok satu timeframe sahaja.

FiboPanda tengok market secara multi-timeframe.

1W · besar1D4H1H · entry

Higher timeframe bagi peta besar. Lower timeframe bantu kita cari timing.

Bukan bermaksud semua timeframe mesti bergerak arah yang sama. Ia bantu kita faham pergerakan kecil tu sedang berlaku dekat mana dalam gambar yang lebih besar.

Yang ni memang best

Dulu FiboPanda biasa kita tengok dekat MT4 atau MT5.

Sekarang TradingView pun dah boleh.

Jadi sekarang lagi senang.
Dekat rumah, buka laptop.
Dekat luar, buka phone.
Anak ada activity sekolah? Tunggu dalam kereta pun boleh check chart sekejap. 😄
Nak guna MT4, boleh. MT5 pun boleh.

Tak adalah rasa macam kena duduk depan screen sepanjang hari semata-mata takut terlepas setup.

Lagi satu, dekat TradingView kita boleh tengok macam-macam market — Forex, Gold, Crypto, Crude Oil dan lain-lain.
Tengok dan analyse dekat TradingView. Bila dah nampak setup, execute ikut platform broker yang kita guna — MT4 atau MT5.

☕Tengah makan
🏨Hotel
🌴Tengah rehat
🧳Travel
☕Tengah makan
🏨Hotel
🌴Tengah rehat
🧳Travel

FiboPanda

Kita buka bila perlu.

Bukan stare chart dari pagi sampai malam.

Alert boleh bantu tarik perhatian kita balik kepada chart. Ia bukan arahan trade atau jaminan profit; keputusan tetap ikut rules dan risk management.

Kalau baru nak belajar

“Bro… aku beginner lagi.”

Tak apa.

Tak perlu faham semua benda hari pertama.

Belajar satu rule. Tengok dekat chart. Praktik. Bila dah faham, baru tambah benda seterusnya.

Tak perlu belajar sorang-sorang.

Ada dokumentasi, video, komuniti dan kelas/training dan macam macam lagi.

Kalau dah lama trade

S&R semua aku dah tahu.

Bagus.

FiboPanda bukan suruh anda buang benda yang anda dah belajar.

Anda masih guna kefahaman price, timeframe dan reaction.

Cuma sekarang… tak start dari kosong setiap kali buka chart.

Guna pengalaman yang dah ada.

FiboPanda bantu susunkan peta; pengalaman anda tetap yang membaca apa price sedang buat.

Sebelum fikir pasal harga… tengok dulu satu benda ni.

FiboPanda ni bukan indicator yang baru keluar semalam.

FiboPanda mula sejak 2013.

Bukan baru muncul sebab sekarang ramai orang tengah hype pasal trading.

Dah melalui macam-macam version, beratus kelas dan beribu pelajar.

Market dah naik, jatuh, senyap, volatile. Trader datang dan pergi.

Tapi FiboPanda masih dibangunkan sampai hari ni — dan sekarang dah masuk TradingView.

2013

Bermula

Beratus

Kelas

Beribu

Pelajar

Bila dah nampak semua ni… biasanya trader akan fikir benda yang sama.

“Okay… indicator macam ni mesti mahal kan?”

Kalau saya tengok sebagai trader, saya pun akan fikir macam tu.

Sebab ini bukan indicator yang setakat keluar satu arrow BUY atau SELL, lepas tu kita kena figure out sendiri apa nak buat.

Zone dah siap. Multi-timeframe boleh tengok. TradingView boleh. Phone pun boleh. Buka chart pun tak rasa macam kena start balik dari kosong.

Bila fikir berapa banyak masa trader habiskan tarik level, test indicator, tukar strategy, masuk kelas, trial & error sana sini… memang benda yang boleh mudahkan semua ni ada value dia.

Jadi kalau anda fikir FiboPanda ni mesti mahal… saya faham.

Tapi kalau sekarang dalam kepala dah terfikir, “Haa… berapa pula harga dia ni?”

Teruskan baca. Part ni anda mungkin suka.

Syed Taufik

Full Time Trader

Sekarang part yang ramai tak sangka.

Anda tak perlu beli dulu.

Ya, betul.

Sekarang anda boleh cuba FiboPanda secara PERCUMA.

Masuk komuniti. Belajar rules. Tengok macam mana ia digunakan. Buka dekat chart sendiri.

CUBA

PERCUMA.

Kalau dah sampai sini, saya rasa tak perlu fikir panjang sangat.

Masuk dulu. Tengok macam mana FiboPanda digunakan. Belajar rules dia. Lepas tu buka dekat chart sendiri dan cuba faham satu-satu.

Kalau rasa benda ni membantu cara anda tengok market, teruskan.

Kalau tak sesuai dengan cara anda trade pun, tak apa.

At least anda dah tengok sendiri — bukan dengar orang cerita.

Simple je. Masuk dulu, belajar dulu, cuba dulu.

Lepas tu baru decide.

Sebelum masuk, mungkin ini yang anda nak tanya

FAQ

FiboPanda auto trade untuk saya?

Tidak. FiboPanda membantu menyediakan struktur dan zon pada chart. Keputusan trade tetap dibuat oleh trader.

Boleh tengok dekat phone?

Ya. FiboPanda boleh digunakan melalui TradingView, termasuk pada TradingView mobile.

Saya beginner. Boleh belajar?

Boleh. Anda boleh belajar framework secara berperingkat melalui bahan pendidikan yang disediakan.

Masih kena tarik Fibonacci sendiri?

Tidak. Itulah antara kerja manual utama yang FiboPanda automasikan — zone diplot secara automatik ikut framework.

Boleh guna untuk crypto, gold atau crude oil?

Boleh. Melalui TradingView, FiboPanda boleh digunakan pada pelbagai market — Forex, Gold, Crypto, Crude Oil dan lain-lain.

Confirm profit kalau guna?

Tidak. FiboPanda adalah alat analisis carta dan pendidikan, bukan jaminan keuntungan atau pendapatan.

Risk Disclaimer. Trading melibatkan risiko dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. FiboPanda ialah alat analisis carta dan pendidikan, bukan jaminan keuntungan atau pendapatan. Prestasi lalu tidak menjamin keputusan masa depan. Gunakan modal yang anda mampu tanggung risikonya dan buat keputusan sendiri berdasarkan tahap pengalaman serta toleransi risiko anda.

Tengok dulu macam mana ia berfungsi. Baru buat keputusan.